20090819

cerpen/cerpang

Pada satu ketika dahulu, yang tarikhnya tidak direkodkan, sepasukan tentera tanpa nama telah bermaharajalela, di suatu penempatan yang sangat indah tempatnya; ibarat syurga pada mereka. Ada di antara mereka, berbondong-bondong memikul harta rampasan perang, perang yang tidak diketahui bila permulaan dan bila pengakhirannya. Mereka biasanya menggunakan strategi peperangan ala komunis, di Bukit Kepong, iaitu serangan hendap. Bezanya, hanyalah mereka tidak membakar penempatan tersebut. Misi mereka hanya satu. Mencari makanan.

Dikatakan, di tempat yang sama, tentera-tentera ini takut akan cahaya. Adakah ini semua mitos semata-mata. Ini dibuktikan, dengan serangan hendap biasanya berlaku pada waktu tengah malam, ketika semua penghuni di penempatan itu melabuhkan punggung kepenatan bekerja sehari suntuk, tertidur kekenyangan, atau memang itu waktu tidur yang sepatutnya. Kadangkala rampasan makanan berlaku ketika penghuni sedang khusuk menonton wayang gambar. Ketika itu, tiada lagi tayangan wayang gambar yang berdolce-dolce.

Pemerintahan telah bertukar ganti. Namun tiada sebarang perubahan yang berlaku. Raja dahulu, Raja nadzir as-sahrani, yang zalim, telah disanggah. Di sini juga terdapat mitos yang mengatakan raja itu telah disanggah kerana hanya satu memorandum sahaja. Dikatakan memorandum yang dihantar oleh seorang rakyat yang tidak menyukai kincir angin yang sangat kencang lajunya, kata penulis memorandum, "bagai mahu terbang sahaja bumbung ini". selepas Raja as-sahrani mengemukakannya kpd senat, ia ditolak mentah-mentah. Disebabkan itu, Raja as-sahrani dibuang negeri ke sebuah bukit. Kejam betul ahli-ahli senat.

Kemudian, raja yang seterusnya yang memerintah adalah Raja Az-alhafiz. Rakyat jelata amat menggemari sistem pemerintahan yang dijalankan dibawah pentadbiran Raja Az, walaupun cukai yang dikutip lebih tinggi daripada pemerintahan dulu. Antara penduduk yang ditemuramah berkaitan perkara ini dengan takbur mengatakan "berbaloi-baloi". Di atas hasil usaha beliaulah, maka wujud sistem rukun tangga-tangga (kini dikenali sebagai rukun tetangga). Beliau telah mengimport sangkar-sangkar besi yang boleh memuatkan sepuluh tentera yang bermaharajalela pada satu-satu masa. Sangkar-sangkar itu diletakkan di bawah tangga sahaja. malam itu satu tentera telah terperangkap dalam sangkar Raja Az...









Kata paduka raja," esok aku nak bakar tikus tu".

Dan memang betul, "azri bakar betul tikus doh", kata chez.

"cheh!!" getus gua dalam hati.

"kalau ko tak caya, kalau dpt lg malam ni, kita pakat tgk azri bakar tikus tu", kata chezzo.
sambil gelak besar.



dan,

demn,

mmg betul, dia bakar jugak tikus yang kedua.



lusanya dapat lagi sekor, kali ni dia goreng pulak tikus tu..

abis mengamok chef villa wangsa melawati.

~the end~




3 comments:

  1. lu jangan lupa.. hulubalang2 negara juga banyak berjasa.. panglima a.samat, laksamana bern dan pendekar samel~

    ReplyDelete
  2. ramai rakyat jelata mula merantau dari jajahan raja az...kebanyakkan mereka mengikuti jejak langkah laksamana cheng ho dan juga ibnu batuta....

    ReplyDelete
  3. pia>yer gua ingat! ingat!

    Arip semart>antara yg lain,lu ngan gua

    ReplyDelete