hari rabu mlm khamis:
gua pasang niat nak bawak motor rxz gua ke tempat kerja. gua pun apa lagi, malam tu jugak gua start motor gua yang dah lama tersadai, pegi isi minyak dangan isi angin tayar. bila dah sampai rumah, gua ambik wax keter gua, satu untuk tayar, satu untuk bodi. gua tanpa berlengah lagi, terus wax bodi motor gua.
memang cair dia punya berkilat. kalau nak bandingkan dengan blok yang baru rebore memang kilat kat bodi lagi menyerlah a. kene je cahaya lampu, terus bersinar-sinar. "pergh", getus hati gua.
pergi kepada bahagian bahagian kaler gelap pulak. gua ambik wax tayar, tarok dekat sponge bob squre pants gua lebih kurang sesudu teh. gua lap tayar. memang berkilat. gua puah ati lagi. hehe..
pergi dekat dengan body yang memang kaler hitam, gua sental jugak. semua kotoran yang degil tertanggal dengan mudahnya.al-maklumlah, gua kan mat rempit, kerja mesti detail.
bila semua dah berkilat mcm motor baru, gua pun duduk sebelah motor gua sambil nyalakan pemetik api.tersengeh sengeh gua,bila tengok motor gua yang kalau kita tengok dengan pandangan helikopter, ibarat bentuk bodi pempuan, itu kata orang la.
hari khamis, pagi:
masuk gear satu, tersedu-sedu lagi motor gua macam anak gua nangis, kendian gua tarik gear dua sampai simpang. bila dah sampai dekat trafic lite, gua tarik kaw-kaw nyer, senang-senang jer dia cecah 120 km/j.gua sengeh jer dapat potong lori sampah. dalam hati gua dah berbunga-bunga. tambah-tambah lagi bila mengingatkan formen yang korek blok gua kat dalam bilik rumah dia. punya lah nak sorok skil buat hidung blok tu. tp yg penting boleh bikin rpm 15ooo rotation per minute.
sampai sekolah, member gua claim, gua banyak duit sebab tukar coverset baru. hati gua berbunga-bunga lagi.
gua parking motor.
******
petang:
gua tengok motor gua lain mcm
adus
bocor tayar depan
(gua taknak citer scene menapak ke bengkel)
hari khamis malam jumaat:
lepas gua pegi beli makan ngan motor, gua ambik kain buruk selai, lap lap lap motor gua sbb ada bkas tangan-tangan kejam formen tak bertauliah.
hari jumaat, pagi:
remmmm remm remm
remmmmmm piiiiiiiiiiit cecah gear nam, meter dah cecah satu tiga, gua senyum jer. berdesup gua sampai sekolah..
sampai dekat dengan pagar sekolah, tibatiba motor gua pancit lagi..
gua tengok seorang cikgu berpakaian sukan sedang mengail di kawasan larangan mengail dekat kawasan sekolah sambil senyum.
dia senyum lagi ke arah gua..gua memang tak suka dia..
gua jalan beriringan ngan motor gua sampai tempat punch card.
'' er cikgu, arini cuti. er cikgu tak tau ker''
gua pun tanpa segan silu, terus nyanyi lagu p ramlee masa kat rumah ali baba
"cilakaaaaaaaa aaaaaa aaaaaa punya penyamun, sial bikin......"
20091016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hahahaa!!! rajin tak patut~
ReplyDeletesib baik lu datang pagi...kene time org tgh jumaat...mane nak cover tu..hehehe
ReplyDelete