20091026

takder aper yang hebat pun pasal ...

mari mandi.

tahun 1998

cerita bermula di sebuah sekolah di sebelah timur tanahair. tp bukan di sabah sarawak sana. sbb kalu nk sampai sana pun kene lalu LPT(lebuh raya pantai timur) tak perlu meredah angin(flight) mahupun lautan cina selatan thai.

marimandi ialah sebuah kelab pasukan bolasepak oleh beberapa budak sains+budak perdagangan kat sekolah tu. 'marimandi' mula mendapat perhatian dengan menggunakan nama dia saja. mereka sengaja menggunakan nama tersebut hanya kerana psikologi semata-mata. yelah, nama pun 'marimandi' jer. tp, mereka lah yang menjadi johan. maskot mereka pada waktu tu ialah sebuah gayung warna hijau. gua ingat lagi najman berlari dengan gayung rembat dekat hostel untuk tujuan menjadikannya sebagai seekor maskot.

marimandi dibintangi oleh bintang-bintang seperti matleh, parok, badrulhisyam, pisir,sidi(bkn sidi oraza), fahmi dan ramai lagi yang lain.

tahun 2000

tanpa segan mahupun silu, gua dengan dengki khianat telah mengambil dan mengguna serta plagiat nama pasukan mereka bulat-bulat bukan leper-leper untuk digunakan untuk pasukan bidan terjun yang gua dan beberapa teman lain untuk satu t'nament kt matrik. bukan apa, gua proposkan nama marimandi supaya senang orang ingat. kalo tak menang pun, orang masih ingat jugak. tp nasib bukan setakat tidak sudi malah langsung tak mempedulikan kami. kami tewas dengan gelaran marimandi di bawah anjing(underdog)

hasil plagiat gua dan rakan-rakan, kami berjaya mengumpulkan beberapa bidan terjun yang lain seperti gua sendri sebagai penjaring gol offside, hanif abdul karim, cyclops (si juruletih alam-maya, yg ckp spurs is the best,setakat CM je la ngko bleh, sia-sia gua lantik lu jd manager) sidek, apih mezoh, wahidi mohamad, dan lain-lain lagi.

tahun 2009

cukuplah sekadar gua ajer yang mengenang jasa marimandi


semua tu dah jd kubur kat korang sumer(kalau ada)


sbb setiap kali gua nak mandi, gua akan ckp ''yang! marimandi''.

bini gua senyum jer tanpa syak, apatah lagi wasangka.


"antara pasukan lain yang gua rasa cam best nama dia ialah "sayur".tp hebat, boleh cecah final"

No comments:

Post a Comment