Apa kata, kalau kita pakat setuju dengan cadangan aku ni. Memang bernas beb. Itu pada pandangan aku je lah.
Citernya bermula macam ni.(kita citer dulu)
Member aku adalah seorang ejen takaful. Dia suka main-main dengan insurans. Cakap je ko nak cover ape, mesti dia dapat bagi harga terbaik dan murah. Yang bestnya, semua klien adalah kawan-kawan. Aku tak meragui niat murninya. Sebab aku pun dapat gak sedikit kelebihan, dengan membuat insurans kereta yang under-insured. Under-insured, maksudnya aku dapat bayar harga bayaran insurans yang lebih rendah daripada biasa. Dan dia tak tipu. Itu kata dialah dan aku percaya. Masih percaya.
Cerita yang kedua pulak, member aku ada cerita kat aku pasal satu insurans. Dia beli insurans medikal, untuk dia, dan juga ibunya yang sangat dikasihi. Lebih kurang dua ratus sebulan. Banyak betul dia sanggup bayar. Tak apalah, orang bujang. Pandai dia berkira-kira untuk masa depan. Dapat simpan seribu sebulan untuk kahwin. " Tu je hok aku mampu", kata dia yang kadang-kadang, percakapannya bercampur loghat Kedah, Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu dan, tidak lupa juga, Sabah.
Aku hanya mampu meng"mm"kan sahaja, kata-kata dia.
Cerita ketiga pulak berbunyi macam ni. Masa aku audit Syarikat Securiforce, syarikat penghantar wang anda ke bank, yang mana, ini adalah job audit aku yang pertama, terdapat pelbagai insurans yang dia cover. daripada kebakaran, sampailah kepada rompakan. Hendak dijadikan cerita, salah satu van pembawa wang, telah dilanggar-lari(sambil larikan wang RM 2 juta) yang jadi kontroversi gak satu ketika dulu.
Korang ingat lagi ke tak?
Cerita last, anak aku masuk wad kat Hospital Alor Gajah, guna GL MARA. Ok lah tu!(sila jangan baca macam kakak Siti)
Hatiku bergetus, oh insurans..
Berbalik kepada cadangan aku, seperti yang tersebut di atas. Kaitan yang aku nak tunjukkan hasil daripada cerita-cerita di atas ialah, semua orang memerlukan insurans. Ada tak sapa-sapa yang baca entry ni, kerja kat Prundential ke, IMG ker, Takaful mana-mana ke, dan yang seangkatan denganya? Aku bertanya soalan yang tak memerlukan jawapan 'ngkorang'
Aku suka untuk cadangkan, kita pakat buat satu insurans, yang mana kita bayar insurans yang cover semuanya. Daripada medikal, sampailah kepada kebakaran.
Maksud aku, kita claim insurans berdasarkan malang yang menimpa kita. Tapi mengikut portion yang layak kita dapat. Maknanya, semua orang bayar pada harga yang satu. dapat claim untuk semua kes, daripada medikal sampailah ke kebakaran jugak.
Maknanya, tiada lagi insurans mengikut produk tertentu. Tiada lagi insurans untuk medical sahaja. Tiada lagi insurans untuk kebakaran sahaja. Tiada lagi insurans untuk nyawa sahaja.
Satu bayaran untuk semua!
Ada sapa-sapa berani sahut cadangan aku? Sila angkat tangan!
Kalau tak der, tunggu lah 40 tahun lagi aku buat. Tu pun kalau aku dapat buat lah.
20100105
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam ..
ReplyDeleteselamat tahun baru 2010..
insurans oh insurans
ReplyDeleteSalam, life insurance is haram..=)
ReplyDeleteother insurances(conventional) also haram EXCEPT takafull.....^-^
Go~Go Takafull...beat conventional insurance...!!