20100102

Tahun baru?

Dah masuk tujuh belas hari, masuk tahun baru..Tak tau a nak ambik port ke tak! Penting ker? Ntah le!


Tapi, pada awal kemasukkan tahun baru itu hari, petang, hujan turun dengan lebat. Sangat lebat. Sangat tidak normal. Kami membelok ke kiri, masuk ke satu premis yang mengajak orang ramai ke arah kejayaan untuk kali yang keempat hari itu.

Jarum pendek,menghala ke nombor tujuh. Jarum panjang, menghala ke nombor dua belas, pada pergelangan tangan kiri aku. Ngam-ngam je nak magrib.

"Er, parking situ", kata rijal.

"Ok ke ni!" aku pulak bertanya pada dia, soalan yang tak memerlukan jawapan sangat.

Dah lame aku tak rase kemasukkan tahun baru yang sebegitu. rasa lain macam..Seram pun ada. Tapi mmg tak patut a aku nak seram ke ape ke! Sbb masa tu, aku kat masjid. Elok je sampai, orang ramai sedang membaca doa akhir tahun (1430). Kami berdoa sekadar di pinggiran sahaja, cukup dari jarak jauh.

Sejurus selepas itu, terus ku tuju tempat wudu' dan berwudu'. Imam macam tunggu-tunggu je aku, bila aku bersedia, baru dia angkat takbir, mengepalai yang lain.

Aku tenang.

Berbeza sekali keadaan di luar. Bumi masih lagi kalut menerima curahan hujan yang tak mungkin akan berhenti. Awan di langit sedang banjir aku agak.

Selesai solat, aku tunggu. Biasanya, lepas salam aku terus pergi ke tempat arah tuju ku. Kali ini berbeza. Mungkin, daripada aku meredah hujan yang membahayakan, lebih baik ku tunggu dahulu. Maka, sempatlah aku temankan imam membaca doa awal tahun.
Kemudian, doa awal tahun (1431) seolah-olah 'kepala paip' air hujan yang ditutup, kerana, hujan bertukar rentak dan berhenti. Kagum! Sudah tentu.

Aku teruskan perjalanan.

Jadi, secara tak sengaja, aku dah sambut maal hijrah, dengan cara yang terpimpin.

Sejak dari tahun 1402, aku lahir, sampailah sekarang, itulah sambutan tahun baru yang aku paling nak ingat. Kenapa? Sbb aku dapat 'feel' pemergian tahun lama dan kedatangan tahun baru.

Umur aku dah nak masuk 29 tahun.(1431-1402)

1 comment:

  1. "khairrun bidayah tadullu ala khairrun nihayah"...."permulaan yg baik adalah petanda untuk pengakhiran yg baik"...begitulah hendaknya..aminnnn

    ReplyDelete