"Encik nak isi berapa?" kata seorang awek bertudung hitam sambil jeling dekat kounter.
Aku angkat 2 jari. Dia balas dengan tangan berbentuk pis pulak sambil angkat kening, sebagai tanda soal untuk kepastian.
"20", kata aku sambil usha2 rak belakang kounter, sebab nikotin dah abis, so nak kene beli. " Dunhill satu", sambung aku lagi.
"Kalo abang isi 30, abang maybe buleh menang rm 30,000.00 tau".
"Boleh menang ke? Dah 2 tahun masuk, tak pernah menang pun. Macam judi pun ada bende ni kan?", selambe wawa selambe yaya je aku jawab.
Aku rasa hidung aku mencanak-canak naik, penuh rasa bangga kerana tak terpedaya oleh promosi diorang ni yang ntah ape-ape, masa aku keluar dari petrol pam tu tanpa toleh belakang lagi.
Aku masuk keter, masuk gear satu, jalan terus. terimakasih pada abangla kerana dah tolong isi.
Sampai rumah, layan dulu sebatang dekat tepi longkang. Aku ambik wallet.
"Ooooooh, tadi aku bagi lima puluh kat kedai petrol, lupa nak ambik duit baki"
20100901
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment