20101124

Kartunis

Masih teringat lagi sewaktu datang asrama waktu hari Sabtu selepas pulang bermalam. Datang mesti pepagi. Dalam pukul sepuluh. Datang awal sebab nak basuh baju (masa balik hari Khamis tu tak sempat nak basuh), nak jemur baju, nak pusing-pusing bandar, nak beli komik pastu nak layan komik tu. Kalo datang lambat, tak sempat nak baca, tau-tau dah hilang dah, sebab member-member dah terpas kat sesapa dah.

Paling teruk pun, pinjam ngan kawan je. Biasanya, Kama Long(intonasi Inggeris) lah yang jadi mangsa kene pinjam komik. Bukan aku je yang jadi pemangsa, orang lain pun ramai juga. Pedang Setiawan la yang aku paling layan.


Kalo bab beli majalah-majalah dan komik-komik ni aku lebih into kepada yang lawak-lawak, contohnya berlawakkan antarabangsa; ujang & apo?. Ujang, aku ditarikkan oleh kartunis-kartunis yang hebat yang semua orang sedia maklum lah, macam Bawang (Mengkarate lipan di kala subuh), Aie (Blues Untuk Aku), Tembakau(kartini) dan lain-lain. APO? pulak aku tertarik dengan hasil cetusan idea oleh Lambok. Kalo ternampak APO? kat rumah sesape pun (contohnya VWM) aku akan baca part yang Lambok lukis je. Boleh dikatakan peminat tegar lah jugak.

Himpunan cerita Aie dalam Blues Untuk Aku pun aku ada beli. Tidak lupa juga dengan Kartini karya Tembakau. Kerana apa, aku tak tau. Nak kata ada awek, tak der lagi masa tu. Yang ngorat aku ada lah (ayat perasan ni, sila jangan terpengaruh. Tembakau adalah kartunis yang telah menaikkan adrenalin aku untuk lukis macam dia. Kira gaya lukis kartun aku, ala-ala Tembakau (lagi satu ayat perasan). Itu yang Mohd Hakimi bin Abdullah la yang cakap.

Arakian, tengah aku melompat-lompat kat alam siber ni, aku terjumpa la balik dengan kartunis idola aku ni. Sila ke address ini; http://olehtembakau.blogspot.com/, untuk menjenguk beliau.

Tapi, hari ini, regu sepok Malaysia kk Thailand stret set..pilu..12:21 dan 19:21

Esok layan hoki la kalo berani.Pukul 5 petang waktu tempatan. Jumpa kat depan tv memasing. Kalo nak cari tiket nak tengok live dekat stadium kat guanzo, korang kene tanggung kos sendiri la.

2 comments:

  1. komik senjata misteri lg menangkap dia punya feel..haha

    ReplyDelete
  2. yeke! tapi bab cerita seram ni, kita kene salut ngan penulis "Bercakap dengan jin". ni betul nye seram.

    ReplyDelete