Permainan komputer yang aku paling ingat adalah RAIDEN II. Syok gila, sampai rasa cam taknak bagi kat orang lain dah pegang keyboard. Entah mane la si Jamal ngan Paiseh rembat perisian lembut permainan Raiden II ni, aku tak tau. Takde lah sampai aku nak pegi riki-riki. Tetau dah ade. Main je le.
Masa ni, hanya ada beberapa kerat je budak-budak ada komputer. Dalam satu bilik ada empat kompakmen. Dalam empat kompakmen tu, kalau ada sorang je yang ade komputer pun dah cukup. Tu pun dikira hebat gila dah. Walaupun ko tak simpan game yang hebat-hebat, bilik ngko sure akan jadi port lah. Bilik yang takder komputer akan jadi berhantu lah malam-malam, sebab tuan nyer bilik, rela pergi squatting bilik budak-budak yang ade komputer, contohnya aku (takde komputer) akan pergi bilik Jamal (ada komputer).
Nak main permainan ni kita kene ada kesabaran yang tinggi. Iman mesti kuat. Tabah. Jangan tergopoh tak tentu pasal. Sebab bila dah jadi port, maka ramailah budak-budak duk menunggu turn nak main. Kene tunggu.
Kita terpaksa bunuh masa (kill the time) sambil tunggu turn nak main permainan komputer tu dengan main daun terup. Ada sekali tu, tuan bilik terpaksa tukar undang-undang squatting bilik dia. Daun terup hanya boleh dimainkan pada malam hujung minggu sahaja. Sebab ganggu waktu tidur dia. Aku syak daun terup dah gugatkan dia punya permainan komputer. Sebab hantu daun terup lagi besar daripada hantu komputer aku rasa.
Tapi yang aku ingat satu je pasal main daun terup ni. Dia ada badi. Badi kalau kita yang bukak game. Kebiasaannya, yang akan kene 'chong', reshuffle, susun balik 52 keping daun jahanam tu adalah orang yang mula-mula sekali ajak main, atau bukak game; biasanya Paiseh (bukan nama sebenar). Selalu kalah. Punya jahanam game ni, dari bang isyak sampailah kepada bang subuh, tak leh nak berenti. Kalo ada lagi orang bang untuk waktu syuruk, aku ingat, terbit matahari baru abis main terup ni.
Berbalik kita pada permainan komputer tadi, iaitu Raiden II. Memang best. Sampai kadang-kadang masuk mimpi la main permainan ni. Jahanam tak jahanam dia punya kualiti tu belakang kira. Yang penting memang banyak nikotin la dalam permainan ni, aku ingat.
Selalunya tensen juga nak dapat turn main permainan komputer ni, sebab time orang lain main, nampak mudah aje. Asyik menang je. Bila dah menang boleh lah dia main lagi lame, selagi tak mampus dia nye 'gundu' digital dalam komputer. Diam je le. "Assukut, alamatur redho."

Senjata tahap maksima
No comments:
Post a Comment