20110304

Menoreh

Torehan demi torehan dibuat oleh Mok (arwah) dan Ba' (ayahanda aku) setiap pagi tanpa jemu. Aku belum bersekolah lagi waktu itu. Namun aku tahu itulah kerja mereka untuk menyara kami anak beranak. Tapi itu semua cerita dulu. Harga getah pun beberapa sen sahaja untuk sekilogram. Dulu tak pernah ade terma pencuri getah. Sekarang saja baru muncul. Ia berpunca daripada kenaikan harga minyak petroleum. Kalau dilihat dari sudut demand and supply;sila rujuk google, memang sudah banyak sangat yang tidak stabil. Ia boleh dibahaskan, sebagai satu situasi di mana permintaan lebih tinggi daripada bekalan yang ada. Berbalik kepada minyak tadi, ia merupakan perkara yang digunapakai oleh orang ramai setiap hari. Malah setiap masa. Kita tinggalkan dulu cerita ekonomi yang memeningkan itu.

Berbalik kepada cerita tadi, aku yang konon-kononnya membantu Mok dengan Ba' aku membuat aktiviti pembersihan sebab semak samun agak banyak. Aku tak pasti penyamun ade ke tak, menyorok kat situ. Kalau ade pun mesti aku akan buat-buat tertebas kepala mereka. Haha.

Sampai kat satu semak, aku tebas macam kat tempat-tempat lain jugak. Dalam aku duk menebas dekat semak yang ini, rupa-rupanya aku dah diperhatikan oleh seangkatan tentera gerila tebuan. Bila parang aku kene betul-betul dekat sarang diorang, diorang mula menyerang. Rasa macam seribu jarum mencucuk muka dengan belakang aku. Nasib baik aku tidak lari mengundur. Kalau tak mesti dada aku yang kene tikam dengan sengat tebuan-tebuan itu semua.

Sakit sampai tak terkata. Nasib baik la aku tidak perlu bercukur dan menggunakan pencukur; shaver. Setahu aku, itulah kali terakhir aku diserang oleh binatang berbisa. Sampai dua tiga hari kesakitan seperti jarum mencucuk yang aku rasa. Kalau tak percaya korang boleh cuba sengatan tebuan ni. Tapi sedih juga bila ingat-ingat balik. Muka mok aku masa tengok aku terbaring. Sedih sangat kalau diingat-ingatkan balik keadaan itu. Aku tengok Adam demam cam sekarang ini pun dah nitik-nitik airmata bila aku tenung-tenung dia.

--------------------------------------

Hebat betul bahasa orang tua-tua, '' Dia demam nak bercakap tu''. Kata Ba' aku memujuk.

Aku sayu

No comments:

Post a Comment