20110809

Puasa 2011

Hari pertama buka puasa dengan kakak aku kat batu berendam. Adam bukan main hepi lagi bila jumpe sepupu dia, nampak pagar rumah aje pun dah tersenyum-senyum. Ari isnin tu aku hanya ambik lauk ayam masak merah aje. Aku punya taste sekarang ni, bila makan nasi mesti nak fokus pada satu lauk aje. Kalu bagai-bagai lauk yang aku campur dalam satu pinggan; contohnya udang masak merah, ayam masak merah, ikan singgang, aku rasa mcm nak makan sikit aje. Aku jenis pemakan nasi yang tegar kut.

Masuk hari kedua puasa sampailah hari ni, dah macam-macam lauk orang rumah aku masak. Setakat ni takder yang sama lagi. Contohnya arini dia masak ayam tandori dengan nasi goreng beriani. Semalam nasi putih ngan tomyam tumis ayam. Syok gile aku rasa. Setakat ni takder lagi la rasa nak komplen ape2 tentang masakan dia. Semua sedap.

Tapi aku rase teringin juga nak bukak puasa ayam kukus. Ayam masak kukus ni, aku selalu makan masa kat mahallah ali dulu, biasa mase baru-baru masuk ptptn.



Aku jugak teringin nak bukak puasa ngan geng-geng rumah bujang wangsa melawati ngan paiseh dan sape-sape yang ade kat rumah tu. Macam tahun-tahun lepas. Balik raya, singgah kl, bukak puasa dan shopping.

Dah tak sabar rasanye nak raya.

6 comments:

  1. VWM no more. kihkihkih..
    jemput dtg ke rumah saya di desa tasek, sungai besi. saya masak untuk kamu, kamu dan kamu. oh yeah~

    ReplyDelete
  2. syok nih..mesti hebat..x blk raya kan..kan..kan..maksudnye kalu g bile pun buleh..

    ok set..

    ReplyDelete
  3. bertuahnya badan dapat sang isteri pandai memasak...:)

    apa2pun selamat berbuka...

    -MAMAISHRAQI-

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.. semua ni rezqi Allah ta'ala

    ReplyDelete
  5. Jumpe di Ganu. Aku raya 1st - 3rd Day di sana. Paiseh? No more Bukit Besi. Dia di Sungai Besi. Specifically, Balai Polis Sungai Besi.

    ReplyDelete
  6. paiseh kate nak jumpa mlm td..last2 kansel..penat gua menunggu..

    ReplyDelete