Sebagai seorang bapa atau seorang ibu, apabila kita dah dapat anak, sunat atas kita untuk melakukan aqiqah; sebagai menunjukkan rasa syukur kita sebab, dah dapat rezki yang tak ternilai. Macam yang korang tau, sekor kambing untuk yang dapat anak perempuan, dua ekor kambing untuk yang dapat anak lelaki. Kalo nak lagi ikut sunnah, masa orang sembelih tu nak sembelih, bapa atau anak yang nak di aqiqahkan tu, harus berada di tempat kejadian, untuk tengok darah dari kambing yang mengalir diniatkan kerana Allah. Jangan ambik darah tu pegi minum sudah. Itu dah jadi black metal. AKu tak nak ambik port untuk yang itu.
Tadi petang, kitorang bertiga tiga, pergi ke satu majlis aqiqah seorang kawan. Dia dapat anak lelaki. Hensem gak aku tengok.
Pastu aku pegang Adam, ibu pegi ambik lauk seadanya. Sekor kambing diperlaukkan sup, dan sekor lagi diperlaukkan kari.
"Saya mau kari saje", kata aku sambil duduk. Semuanya kursi plastik dan meja plastik. Tersusun penuh teratur.
Pergh nikmat betul layan kari kambing hujan-hujan ni. Memang kene la tangan orang yang sembelih, sama itu tangan orang yang masak. Memang syok. Takder bau-bau pelik dari lauk tersebut. Mungkin disitu ada keberkatan hasil aqiqah.
Sambil suap Adam yang aku pangku dari tadi, kelihatan seorang mamat sedang angkat-angkat pinggan yang dah digunakan. Tinggal sisa-sisa tulang kambing je dalam pinggan tu.
Dengan penuh sopan aku tanya mamat tu," er dik! baby chair ade x? susah la nak makan macam ni"
Mamat tersebut tergamam serta merta tanpa disuruh. Aku pandang orang rumah aku dengan muka berkerut penuh tanda tanya.
"Kanda, ini kan rumah orang, bukan kedai makan!". Dalam nada berbisik je orang rumah aku bercover-cover.
Aku pun gelak cover-cover sambil suap nasi kepada Adam.
Sambil pangku adam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
jgn kau minta nasi goreng kambing telur mata sudah la...hahah
ReplyDeletesudah tentu lepas tu aku leh minum air sirap yang turun dari kepala je
ReplyDelete