20100525

Cerita malam tadi

Bila semua gear dah ready, aku pun gerak ke tempat kejadian tembak-menembak. Tapi, aku dah memang pesan dekat member-member lain bahawa aku akan lambat sampai. Sesampai je dekat Dataran Pahlawan, aku keluarkan aku punya fon, terus je fon Razi. Pergh tak nak jawab. Aku call Lan Kimpol, tak dapat jugak. Pada sanubari aku, aku dah mula syak dan wasangka bahawa diorang dah mula dengki ngan aku ni. Pastu mesti nak boikot ke ape ke. Punca satu jer, Sebab aku datang lambat.

Boikot pun boikot lah, aku pun lepak sekejap, nyala sebatang rokok, jam dah nyaris ke pukul 9. Lan Kimpol call. Aku jawab. Dengan sepantas halilintar, aku pun keluarkan beg sling yang dalam tu ada semua gear, pastu terus gerak ke tempat kejadian. Penuh yakin aku jalan sampai terlupa nak lock kete. aku patah balik, agak-agak lampu dia kelip sekali, aku yakin, yakin kunci. Aku terus gerak dan gerak. Tapi heran tak jumpa-jumpa lagi diorang. Dem!

Melihatkan pada rupa bentuk keadaan di celah-celah bangunan lelama kat A fomasa ni kadang-kadang mau naik meremang bulu hidung aku beb. Padahal baru kul sembilan malam. Ade beberapa sosok-sosok bayang telah bergerak-gerak pantas di hujung mata memandang di sana. Bangunan kat sini memang bentuk curve. Aku rasa the Curve @ Damansara pun tak macam ni. Memang sesuai la untuk main seek and hide. Tak semena-mena, terus je aku nyanyi lagu, seek and destroy hasil seni air tangan kirk hammet, sama lars ulrich, sama james hetfield ngan basis dia yang dah departure tu.
Apa kaitan entah!

Dem! Betul apa firasat aku katakan, kelihatan Razi bersama gear dia sedang berlari cover-cover dekat bangunan-bangunan warna merah ni. Dengan harapan, aku tak nampak. Ahh, sekadar rambut belah tengah tu, aku kenal sangat si Razi ni! Maklumlah, rambut dia yang belah tengah macam ala-ala Nick BSB tu, masih boleh nampak sampai belakang. Aku follow je, mengikut rentak. Ambik fon, call tak dapat. Call yang lain pun tak dapat.

Takkan la keseluruhan bangunan dia curve, dia gerak ke depan skit, terus je
tak nampak. Aku follow je lagik.


Lepak depan satu pintu gerbang. Nyala lagi. Paru-paru dah mintak tolong. Aku teruskan jugak. Aku syak diorang mungkin ada kat celah-celah pintu gerbang.

Ah! aku cuba beranikan diri untuk masuk. Walaupun gelap.

Tiba-tiba, lagu Cromok, dari album mean, meaner, meanest ; Somewhere anywhere, terus berkumandang dari hp sony ericson rm300 aku, menandakan ada call nak in. Lan Kimpol. Aku helo balik kat dia dan dia tanya aku ada kat mana.

"aku kat bangunan merah ni la bro"

Lan cakap," kat aner?"

"Dekat pintu nak masuk ke bukit ni a"

Lan cakap," bukit mana? kitorang kat mac D ni, kat Big apple"

"Korang jgn tipu aku, yang Razi lari-lari depan aku tadi tu ape. tak yah lah main sorok2 woi. malam ni. Gua takut beb."

Lan cakap," ni Razi ade depan aku ni"

"Ok ok, aku patah balik"


GULP!!!!!!!!!!

So aku cepat-cepat blah.

Takkan hantu pun dah tau pakai DSLR skrg!

2 comments: