20110127

main bolasepak

Secara kasarnya, aku dah 6 bulan lebih tak main bola sepak. Puncanya, sebab aku 'injured' dan dinasihatkan berehat untuk jangkamasa bulan-bulan. Perkara tersebut, bukan hanya diberitahu oleh tuan doktor, malah fisioterapis juga. Ok lah kut, aku berjaya tahan diri daripada bersukan. Selepas pantang aku dairpada bersukan habis, maka aku pun turun la main bola dengan team staf kolej komuniti selandar. Diorang cakap tak cukup orang. Aku sebenarnya dalam masa yang sama sekadar nak uji diri sendiri samada boleh main bola ke tak lagi.

Sesampai je kat tempat kejadian, team k. komuniti ni tinggal satu je lagi tempat kosong. Permintaan daripada Ariel tiga orang. Jadi aku dengan Fathuradzi bin Che Mohamad duduk tepi je. Yang masuk untuk main posisi striker ialah Abang Hisyam suami kepada Che Mahiran. Aku pun terus set dalam kepala nak main separuh masa kedua la. Aku layan kan stretching ringan-ringan. Daripada kepala ditolak dengan hujung jari dekat pipi kiri dan kanan, atas dan bawah. Turun dekat bahu sambil nyanyi lagu "Atas rumput ada kaki, kaki cantik tak pernah lihat". Sampai je ke paras pinggang aku teruskan lagi pusing-pusing ke kiri dan ke kanan. Maklumlah dah lama tak bersukan. Risau juga. Takut tumbang nanti.

Berbalik kepada Abang Hisyam tadi. Dia dah datang awal kat tempat kejadian ni dan sempat lah streching dengan dua batang rokok dunhill. Dia pun ada cakap yang dia dah lama tak main bola. Tapi arini dia nak skor, sebab dah lama tak jaring gol.

Game dah berlangsung depan mata aku dalam lebih kurang 9 minit. Linesman asyik tersalah je bagi 'q' dengan bendera petak-petak dia dekat pengadil yang kat tengah. Bola yang belum offside dia angkat supaya offside. Yang aku geram tu, linesman ni lebih berminat tengok sepak takraw yang dimainkan oleh sapa-sapa entah dekat kort dekat luar padang, betul-betul dekat dengan padang. Dah la duit yang kitorang bayar ni nanti nak masuk poket dia! Tapi aku takde nak buat tunjuk perasaan pulak. Away! Tempat lawan.

Masuk minit ke sepuluh, Abang Hisyam dah mintak keluar padang. Sampai kat luar aku tanya dia kenapa. Dia cakap dia krem. Krem dekat punggung..

***********

Siyes aku tak pernah dengar lagi orang krem punggung.

2 comments: