20110318

satu hari

waktu itu hari jumaat. Aku baru saja lepas mandi di kolam renang atas kapal pesiar milik sendiri. sangat sejuk rupanya mandi sunat hari Jumaat pagi-pagi dekat Alaska ni. Aku tak kisah sangat, janji dapat pahala sunat.

Sekarang, manusia semuanya dah patuh pada ajaran Islam. Illuminati dah terbongkar. Freemason dan semua secret society sudah bungkus. Diorang dah kalah. Fitnah akhir zaman satu demi satu berlaku, membuatkan semua manusia insaf. Termasuk aku.

Kerja aku sekarang sangat mudah. Hanya membawa para penumpang serata dunia ke Mekah. Itu sahajalah destinasi dunia. Semua manusia ingin beribadah. Dunia sangat aman. Tiada lagi teknologi yang mengarut-ngarut seperti tenaga nuklear. Semua orang tolak mentah-mentah semua teknologi yang mendatangkan kemudaratan. Aku lega kerana masih dapat mengharungi keperitan hidup zaman yang dipenuhi fitnah. Aku lega.

Matahari pagi yang terbit dari arah barat menyinar macam biasa. Ini juga adalah antara punca kenapa ramai manusia telah insaf. Setelah mengenakan serban dan jubah, aku bergegas ke arah peti panas. Aku minum air kopi tahun lepas punya. Peti panas ini, mengingatkan aku akan peti ais suatu masa dahulu. Ia menjadi punca utama kepada segala penyakit. Ia juga menjadikan manusia suka membazir kerana barang-barang makanan basah tidak tahan lama. Bila sudah tidak tahan lama, maka manusia akan memenuhi tong sampah rumahnya dengan pelbagai lauk basah. Ini semua ciptaan orang tidak bertamadun; Amerika dan Jepun contohnya.

Usai meminum kopi, aku minum susu. Aku capai telefon Mangga aku, hasil teknologi orang Mala. Orang Mala ini boleh disusur galurkan kepada masyarakat melayu yang tinggal di Asia Tenggara. Tamadun paling hebat zaman ini. Aku bangga kerana aku adalah dari bangsa ini. Tapi aku lebih bangga dengan Islam yang aku pegang sekarang ini.

Sekejap selepas itu, telefon mangga aku mengumandangkan ceramah daripada Ustaz Azhar Idrus. Sambil mendengar ucapan-ucapannya, aku bergegas masuk ke pejabat kapal pesiar aku. Nakhoda kapal yang bernama Hanif Karim memberi salam hormat kepada aku. Dia memberitahu aku bahawa dalam masa 1 jam lagi kapal pesiar akan berlabuh di Atlantis. Kota yang hilang satu ketika dulu. Aku mengiyakan sahaja.

Sesudah itu aku terus pergi ke arah dewan besar kerana ingin melihat hafiz hafiz Qur'an dan Hadis bermusyawarah. Kelibat Azri al-Hafiz yang memantau kelihatan sungguh meyakinkan. Syamil Zakaria dengan Arif Samad pun memerhati dari kejauhan dengan penuh semangat. Aku tidak gusar lagi dengan tugasan yang diberikan kepada mereka dapat dijalankan dengan penuh tanggungjawab.

-------------------------

Sesampai sahaja dekat pelabuhan Atlantis aku terus di sambut bagaikan seorang raja. Aku benci sebenarnya. Aku tidak suka begini. Aku biarkan Shamil menjadi aku. Bukan niat aku untuk menipu. Tetapi aku lebih suka begini. Niat aku turun dari kapal pesiar ini pun adalah semata-mata untuk menjadi duta permainan Sepak Raga. Ia menjadi sangat terkenal sekarang. Dulu, permainan bola sepak menjadi sebutan. Tapi sekarang tidak lagi. Mungkin lebih adil. Tiada lagi tukang judi- tukang judi.

------------------------

Setelah semuanya selesai kapal pesiar kami belayar terus menghala ke Mekah; tanah suci. Aku senyum sahaja kerana telah selesai semua tanggungjawab aku untuk kali ini. Alhamdulillah.


No comments:

Post a Comment