Tadi aku sembang dengan jiran aku yang sedang renovate rumah. Aku tanya dia tentang berapa banyak duit yang dia habiskan untuk jadikan ruang tempat letak kereta dia lagi besar. Dia cakap lebih kurang rm20,000.00.
Aku hanya mampu telan air liur sahaja.
Teringat aku tentang suatu cerita pada hari akhirat nanti. Kisah tentang dua orang pemuda yang telah mendiami syurga. Seorang hamba Allah berasa tidak puas hati tentang keluasan tempat tinggalnya di dalam syurga apabila dia melalui sebuah tempat tinggal yang lebih besar daripada tempat tinggalnya.
Malaikat memberitahu mereka bahawa; yang membezakan antara kamu berdua adalah satu tasbih sahaja, iaitu ''Subhanallah''. Maksudnya, ahli syurga yang mempunyai syurga yang lebih besar itu 'terlebih' satu tasbih sahaja daripada ahli syurga yang lain.
Bila aku fikir balik tentang apa yang dibualkan sebentar tadi, aku senyum sahaja dalam hati.
kalau mampu, apa salahnya... yg masalahnya, org yg tak mampu, tp buat loan sana sini, pastu bermasalah nak byr bulan2, tuh la masalahnya... (re besarkan parking lot tuh)... ehehhe...
ReplyDeletebetulbetulbetul..kalau kita mampu, tade salahnya.
ReplyDeleteassan, bila nak tambah baby gurl, ker tgh preggy ayu ni? aku tak sabar nak preggy, doakan yer...suh ayu doakan yer... :-)
ReplyDeleteade rezki tu nanti..kita pakat2 doa...amin
ReplyDeletebest kan org tu dh renovate rumah..so did asiah..bila la giliran kita ni...
ReplyDeletenote; sila update blog anda...terima kasih... ;p